Sunday 20 January 2013

Kali Pertama Merentas Desa Di Sekolah Menengah

 Assalamualaikum. Kite berjumpa lagi ya.Hari Rabu minggu lepas merupakan hari yang bersejarah bagi saya kerana " first time" merentas desa di sekolah menengah. Rupanya di sekolah menengah berbeza sedikit berbanding sekolah rendah. Murid perempuan dan lelaki dipisahkan dan "trek" lelaki lebih jauh berbanding perempuan. Masa mula lari punya la bersemangat , tapi dah dekat tengah - tengah mula penat dan sakit kaki. Sekejap lari, sekejap jalan. Memang kelakar. Sampai sekolah je. Terus duduk  lepas tu minum air. Tapi saya sampai boleh dikira awal sebab masa sampai ramai lagi pelajar perempuan di belakang.  Rasanya tahun ni ada " chance" untuk dapat tempat kot. Sebab ramai pelajar perempuan tingkatan satu. Maklumlah sebelum di tak pernah dapat tempat yang " elok".  Hehehe. Okey lah sampai sini dulu. Nanti sambung ye. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment