Sunday 9 June 2013

Hari Sukan di MRSM KKB

Hai.......... ni fist time aku masuk acara olahraga dekat MRSM ni. Takut giler kot. dah lah dua hari sebelum hari sukan tu aku ada merentas desa. Sakit kaki nak lari, Rasa macam nak tercabut je tahu tak. tapi nasib baik lah merentas desa tu tak jauh kalo tak memang abis lah. Nasib 4 km je. Tu pun dah penat. Tapi lelaki lagi teruk. dia orang punya trek 7 km. Kesian dia orang. Hahahaha. Okey back to the story. So citer dia macam ni, hari sukan tu aku masuk acara 800, 4x400, 200 ngan lontar peluru. Tu pun acara 800 tu bukannya aku nak pun. Kena paksa masuk so terpaksalah. Demi rumah sukan. Hehehe. Lepastu aku punya acara 800, 4x400 ngan 200 clash. Bayangkanlah. Satu hari tu aku lari 1400km. Haaaa. Dah lah acara 800 start dulu. Last sekali aku tarik diri dakam acara 200 su sebab aku dah tak larat. Rasa macam nak pitam. Sebab, habis je lari 8000 tu terus kena lari 200 pula. pastu 4x400. memang tak larat lah. last sekali aku dapat no. 3 800 ngan no.2 4x4oo. Alhamdulillah..... hehehehe. ok lah. got to go. Bye........

Pengalaman di MRSM

Hai. Assalamualaikum. Jumpa lagi kita ye. kali ni nak kongsi citer ngan korang sume2 ni pasal pengalaman aku dekat MRSM. So dah dekat tiga bulan lebih aku duduk dekat sini. Banyak pengalaman yang aku dapat. Ada yang pahit ada yang manis. Biasalah tu kan, duduk asrama memang macam itu. Tapi seronok duduk sini. Dapat jumpa ramai kawan2 baru. Semua baik2. budak budak homeroom pun semua baik je. Akak senior lagi lah sporting gila. lagi lagi akak2 form 5. dia orang sume banyak tolong aku ngan kawan kawan kalau ada masalah. tapi kita orang semua paling baik ngan form 2. Antara pengalaman yang aku dapat sepanjang aku duduk sini adalah "stay up" sampai pagi ngan kawan buat "homework" yang x siap lagi. Sampai sini dulu lah. kalo ada citer lagi nanti kita "share" ok. bye..........

Sunday 20 January 2013

Kali Pertama Merentas Desa Di Sekolah Menengah

 Assalamualaikum. Kite berjumpa lagi ya.Hari Rabu minggu lepas merupakan hari yang bersejarah bagi saya kerana " first time" merentas desa di sekolah menengah. Rupanya di sekolah menengah berbeza sedikit berbanding sekolah rendah. Murid perempuan dan lelaki dipisahkan dan "trek" lelaki lebih jauh berbanding perempuan. Masa mula lari punya la bersemangat , tapi dah dekat tengah - tengah mula penat dan sakit kaki. Sekejap lari, sekejap jalan. Memang kelakar. Sampai sekolah je. Terus duduk  lepas tu minum air. Tapi saya sampai boleh dikira awal sebab masa sampai ramai lagi pelajar perempuan di belakang.  Rasanya tahun ni ada " chance" untuk dapat tempat kot. Sebab ramai pelajar perempuan tingkatan satu. Maklumlah sebelum di tak pernah dapat tempat yang " elok".  Hehehe. Okey lah sampai sini dulu. Nanti sambung ye. Assalamualaikum.

Monday 7 January 2013

Adam Baru Masuk Sekolah Rendah

2/ 1/ 2013 - hari paling bersejarah buat keluarga. Sebab for the first time ever tengok adam pakai baju sekolah. Comell sangatt. Adam tak sabar nak masuk sekolah baru dia. Dia sekolah di Sekolah Kebangsaan Saujana Impian barsama dengan adiku sarah. Melompat dia bila masuk sekolah tu. So i guess sampai sini dulu. Bye. Assalamualaikum.

Pergi legoland

Seronoknya. Masa cuti hari itu, pegi legoland dengan keluarga belah mama. Nak masuk situ beratur punyalah lama. Boleh kira lama la jugak. Masuk situ first thing main " rollercoaster". Ya Allah, nak naik menggeletar tangan. Menjerit - jerit macam orang gilerr. Lepastu main benda lain. beratur sejam. Beratur je lama main sikit. Yang paling tak boleh lupa habis baju basah sebab naik boat rollercoaster. Tak ade baju ganti pulak tu. last skali pukul baru balik. Sampai rumah mak uda pukul lapan. Masa badan pun dah nak penat. Terus tertidur. Sampai sini dulu lah. Ade sambung lagi. Assalamualaikum.

Baru Masuk Sekolah Menengah

Assalamualaikum, tak tahu nak cakap ape tapi first time masuk sekolah menengah rasa kekok dan boring. Tapi lama - lama dah jadi best sebab dapat ramai kawan baru. Pelajaran pun dah makin bertambah dan semakin susah. Tengah tunggu keputusan mrsm. Harap - harap dapat. Aminn. tu sajalah. assalamualuikum.

Tuesday 19 June 2012

Cepatnya Masa Berlalu

Ish, rasa sekejap je masa berlalu. Rasa baru semalam je masuk sekolah dan jadi darjah 6. Pejam celik- pajam celik dah sampai bulan 6 dah sekarang.Takutnya nak duduki UPSR percubaan pada bulan hadapan nanti. Harap - harap sangat dapat 5A. Diri sendiri pun tak tahu dah penuh ke tak ilmu nak ambik UPSR ni. Saya rasa semua calon2 UPSR pun rasa macam tu kan . Sampai sini dahulu coretan saya . Semoga kita berjumpa lagi . INSYAALLAH.